Pendaftaran Kontraktor Fasiliti – CIDB
- June 20, 2020
- Posted by: admin
- Category: News

KATEGORI DAN PENGKHUSUSAN KONTRAKTOR FASILITI
Aktiviti perkhidmatan fasiliti dan penyenggaraan bangunan / infrastruktur secara bersepadu yang meliputi perkhidmatan kejuruteraan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan keperluan pengguna.
KATEGORI | PENGKHUSUSAN |
F Fasiliti (Facility) |
F01 Fasiliti Bangunan dan Infrastruktur Am (General Building and Infrastructure Facilities) |
F02 Fasiliti Bangunan Penjagaan Kesihatan (Healthcare Facilities) |
KATEGORI | PENGKHUSUSAN | KETERANGAN |
F01 | FASILITI BANGUNAN DAN INFRASTRUKTUR AM | Aktiviti perkhidmatan fasiliti dan penyenggaraan bangunan/ infrastruktur secara bersepadu yang meliputi perkhidmatan kejuruteraan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan keperluan pengguna. |
F02 | FASILITI BANGUNAN PENJAGAAN KESIHATAN |
Aktiviti perkhidmatan fasiliti dan penyenggaraan bangunan/ infrastruktur secara bersepadu yang meliputi perkhidmatan kejuruteraan, kejuruteraan biomedical dan perkhidmatan yang berkaitan dengan keperluan pengguna. |
SYARAT PERMOHONAN
1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam Syarikat Sdn. Bhd. atau Berhad / Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam Koperasi Berhad / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dalam Pertubuhan.
2. Jenis Perniagaan yang didaftarkan hendaklah meliputi kerja-kerja pembinaan dan / atau yang berkaitan dengan fasiliti dan penyenggaraan.
3. Mempunyai modal berbayar yang ditetapkan.
4. Pengarah mempunyai Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) dalam bidang Perkhidmatan Fasiliti dan Penyenggaraan ATAU mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh CIDB seperti berikut:
- Certified Facility Manager (CFM) –IFMA
- Certified Facility Management Professional (FMP) – IFMA
- Certified British Institute of Facilities Management (CBIFM) – BIFM
- Ijazah sarjana muda / Sarjana / Doktor Falsafah yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang pengurusan aset / fasiliti /penyenggaraan dengan tiga (3) tahun pengalaman kerja yang berkaitan.
5. Personel Teknikal memiliki kelayakan yang ditetapkan.
- Diploma / Ijazah berkaitan bidang pembinaan / pengurusan fasiliti (FM)
- Berpengalaman dalam perkhidmatan fasiliti dan atau penyenggaraan
SYARAT PERMOHONAN TAMBAH KATEGORI DAN PEMBAHARUAN BAGI KONTRAKTOR SEDIAADA
GRED | MODAL BERBAYAR (RM) | PENGKHUSUSAN | TAMBAH KATEGORI F | PEMBAHARUAN KALI PERTAMA |
G7 | 750,000.00 | F01 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan | SKP, SKK, CCD |
F02 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan Hospital | SKP, SKK, CCD, Kursus Healthcare* | ||
G6 | 500,000.00 | F01 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan | SKP, SKK, CCD |
F02 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan Hospital | SKP, SKK, CCD, Kursus Healthcare* | ||
G5 | 250,000.00 | F01 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan | SKP, SKK, CCD |
F02 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan Hospital | SKP, SKK, CCD, Kursus Healthcare* | ||
G4 | 150,000 | F01 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan | SKP, SKK, CCD |
F02 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan Hospital | SKP, SKK, CCD, Kursus Healthcare* |
* Terkecuali jika memiliki Sijil Certified Healthcare Facility Manager yang dikeluarkan oleh International Islamic University of Malaysia (IIUM) / setaraf.