- 23 January 2019
- Posted by: Finalspot
- Category: Articles
No Comments
KATEGORI DAN PENGKHUSUSAN KONTRAKTOR FASILITI
Aktiviti perkhidmatan fasiliti dan penyenggaraan bangunan / infrastruktur secara bersepadu yang meliputi perkhidmatan kejuruteraan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan keperluan pengguna.
KATEGORI | PENGKHUSUSAN |
F Fasiliti (Facility) |
F01 Fasiliti Bangunan dan Infrastruktur Am (General Building and Infrastructure Facilities) |
F02 Fasiliti Bangunan Penjagaan Kesihatan (Healthcare Facilities) |
KATEGORI | PENGKHUSUSAN | KETERANGAN |
F01 | FASILITI BANGUNAN DAN INFRASTRUKTUR AM | Aktiviti perkhidmatan fasiliti dan penyenggaraan bangunan/ infrastruktur secara bersepadu yang meliputi perkhidmatan kejuruteraan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan keperluan pengguna. |
F02 | FASILITI BANGUNAN PENJAGAAN KESIHATAN |
Aktiviti perkhidmatan fasiliti dan penyenggaraan bangunan/ infrastruktur secara bersepadu yang meliputi perkhidmatan kejuruteraan, kejuruteraan biomedical dan perkhidmatan yang berkaitan dengan keperluan pengguna. |
SYARAT PERMOHONAN
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam Syarikat Sdn. Bhd. atau Berhad / Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam Koperasi Berhad / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dalam Pertubuhan.
- Jenis Perniagaan yang didaftarkan hendaklah meliputi kerja-kerja pembinaan dan / atau yang berkaitan dengan fasiliti dan penyenggaraan.
- Mempunyai modal berbayar yang ditetapkan.
- Pengarah mempunyai Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) dalam bidang Perkhidmatan Fasiliti dan Penyenggaraan ATAU mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh CIDB seperti berikut:
- Certified Facility Manager (CFM) –IFMA
- Certified Facility Management Professional (FMP) – IFMA
- Certified British Institute of Facilities Management (CBIFM) – BIFM
- Ijazah sarjana muda / Sarjana / Doktor Falsafah yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang pengurusan aset / fasiliti /penyenggaraan dengan tiga (3) tahun pengalaman kerja yang berkaitan.
- Personel Teknikal memiliki kelayakan yang ditetapkan.
- Diploma / Ijazah berkaitan bidang pembinaan / pengurusan fasiliti (FM)
- Berpengalaman dalam perkhidmatan fasiliti dan atau penyenggaraan
SYARAT PERMOHONAN TAMBAH KATEGORI DAN PEMBAHARUAN BAGI KONTRAKTOR SEDIAADA
GRED | MODAL BERBAYAR (RM) | PENGKHUSUSAN | TAMBAH KATEGORI F | PEMBAHARUAN KALI PERTAMA |
G7 | 750,000.00 | F01 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan | SKP, SKK, CCD |
F02 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan Hospital | SKP, SKK, CCD, Kursus Healthcare* | ||
G6 | 500,000.00 | F01 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan | SKP, SKK, CCD |
F02 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan Hospital | SKP, SKK, CCD, Kursus Healthcare* | ||
G5 | 250,000.00 | F01 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan | SKP, SKK, CCD |
F02 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan Hospital | SKP, SKK, CCD, Kursus Healthcare* | ||
G4 | 150,000 | F01 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan | SKP, SKK, CCD |
F02 | Bukti Kerja dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan Hospital | SKP, SKK, CCD, Kursus Healthcare* |
* Terkecuali jika memiliki Sijil Certified Healthcare Facility Manager yang dikeluarkan oleh International Islamic University of Malaysia (IIUM) / setaraf.
KLIK SINI untuk mendaftar program Certified Healthcare Facility Manager (CHFM).